CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 21 October 2011

angkasa lepas yang jauh

Lohong hitam yang amat besar
Lohong hitam iaitu sejenis lubang gelap yang mungkin berputar di tengah setiap galaksi yang besar.Lohong hitam seperti ini mengandungi bahan yang sama banyak dengan kira-kira 2.5 juta bintang yang seperti matahari.


Galaksi Andromeda
Bintang tidak bertaburan dengan sekata di angkasa lepas. Ia terdiri daripada kumpulan yang terdiri daripada berjuta-juta atau berbilion-bilion butir bintang yang dinamakan galaksi.  Galaksi ini pula mempunyai pelbagai bentuk. Galaksi ini, yang dinamakan Andromeda, dikenali sebagai galaksi ''berpilin''. Ia adalah galaksi seumpama yang paling hampir dengan galaksi kita di angkasa lepas.


Pembiakan bintang
Bintang terbentuk di dalam awan gas dan debu yang tebal. Pada mulanya, 'awan molekul' ini gelap tetapi kemudian menjadi cerah dengan cahaya dan haba yang terbentuk setelah bintang baru itu mula membakar. Bintang ini, yang dinamakan Horsehead Nebula, iailah sebahagian daripada awan molekul yang sangat tebal. Ia menjadi bentuk seperti ini disebabkan tenaga cahaya daripada bintang baru yang berdekatan.

0 comments:

Post a Comment