CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 22 October 2011

Bulan
Bola batuan kering ini terbentuk kira-kira 4.5 bilionn tahun yang lalu. Batuan sebesar planet menghentam bahagian sisi Bumi bersepai ke ruang angkasa lepas. Perlahan-lahan, material ini berkumpul menjadi sebiji bola,iaitu Bulan. Bulan dihujani oleh batuan angkasa semasa usianya mudanya. Apabila batuan ini menghentam permukaan Bulan, maka terbentuklah lekukan berbentuk mangkuk yang dinamakan kawah hentaman. Banyak antara kawah ini masih dapat dilihat pada hari ini. Kira-kira tiga bilion tahun yang lalu, lava gunung berapi yang masih aktifpada masa itu, membanjiri sesetengah kawah lalu membentuk dataran Bulan yang sangat besar dinamakan maria.


Bumi
Planet kita mempunyai banyak ciri yang menarik. Ia adalah satu-satunya tempat yang mempunyai hidupan. Atmosfera Bumi yang kaya dengan oksigen, ciri keduanya yang unik dan menyokong hidupan. Kehidupan di Bumi sungguh selesa dengan suhu purata 15 darjah selsius. Ini adalah ciri ketiganya yang unik dan membolehkan air wujud dalam bentuk cecair. Malah, bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai air di permukaannya. Ciri uniknya yang keempat ialah kerak, iaitu lapisan batuan yang meliputi Bumi. Ia merupakan satu-satunya planet yang mempunyai kerak yang terbahagi kepada bahagian yan bergerak, atau plat, ayng berlanggar atau berpisah lalu mengubah rupa permukaan.


Musytari dan Zuhal
Musytari ialah planet gergasi yang paling besar. Ia 11 kali lebih besar daripada  Bumi dan jisim Musytari ialah 2.5 kali ganda gabungan semua planet yang ada. Musyrtari  semasa usia mudanya adalah lebih besar, iaitu lima  kali ganda lebih besar daripada saiz yang ada sekarang. Planet itu mengecut kira-kira 2 cm setiap tahun apabila ia menyejuk. Zuhal, planet kedua terbesar, hampir dua kali ganda jauhnya dari Matahari, seperti Musytari. Bentuknya yang seperti bola itu tidaklah sempurna bulatnya kerana di sekeliling bahagian khatulistiwanya berbonggol-bonggol. Zuhal dikelilingi oleh lingkaran yang jernih dan kita dapat melihatnya dari pelbagai sudut ketika planet itu mengorbit Matahari. Kadangkala kita melihatnya dari atas dan ada kalanya dari bawah.



Uranus dan Neptun
Gas metana yang terdapat di Uranus dan Neptun menyebabkan dua planet ini berwarna biru-hijau. Uranus berbeza daripada semua planet yang lain kerana ia berada dalam kedudukan miring. Pad awal pembentukannya, Uranus dipercayai dilanggar oleh batuan angkasa yang besar sehingga ia menjadi demikian. Jirannya, Neptun, mengalami cuaca yang aneh. Tenaga daripada Matahari memanaskan Bumi dan menentukan cuacanya tetapii Neptun yang jauh dari Matahari. Ributnya terlalu dahsyat manakala anginnya bertiup dengan sangat kencang.

0 comments:

Post a Comment