CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 17 October 2011

sistem suria

Matahari dan keluarganya dinamakan Sistem Suria.Matahari adalah satu-satunya bintang bagi Sistem Suria ini dan merupakan anggota keluarga terbesar.Ia membentuk 99 peratus daripada seluruh jisim Sitem Suria.Terdapat lapan planet utama, sekurang-kurangnya tiga planet kecil lebih daripada 160 bulan planet dan bertrillion-trillion batuan angkasa dan komet.Kesemuanya terbentuk daripada awan gas dan debu kira-kira 4.6 billion tahun yang lalu dan ia terus berada bersama-sama sejak itu.
  • Planet terbahagi kepada dua kumpulan yang utama.
  • Empat planet yang paling hampir dengtan Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh.
  • Planet ini berbatu-batu dan dikenali sebagai batuan atau planet dalam.
  • Daripada empat planet ini, hanya Bumi dan Marikh mempunyai bulan.
  • Kemudian wujud pula Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune iaitu gergasi gas atau planet luar.
  • Planet besar ini kebanyakannya terdiri daripada gas manakala bahagian tengahnya berbatu pejal dan kecil.
  • Kesemua planet ini mempunyai bulan dan dikelilingi oleh lingkaran bulan batu berais.
Satu lingakaran batuan angkasa yang dinamakan Lingkungan Utama berada di antara Marikh dan Musytari memisahkan kedua-dua kumpulan itu.Selepas Neptune, terdapat planet kecil Pluto, batuan angkasa berais di dalam Lingkungan Edgeworth-Kuiper dan Awa Oort yang terhasil daripada komet.


Asal usul planet-
  • Sistem Suria terhasil daripada Nebula Suria, iaitu awan gas dan debu yang berputar-putar dan amat besar.
  • Matahari terbentuk terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh anggota keluarganya yang lain.
  • Ketulan material yang kecil bergabung lalu membentuk jasad yang beransur-ansur menjadi lebih besar.
  • Material yang hampir dengan Matahari menghasilkan planet yang berbatu-batan, iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh.
  • Planet luar yang lebih jauh seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune merupakan bola batuan pada mulanya.
  • Empat planet ini memrangkap gas lalu terbentuk atmosfera gas yang amat besar di sekeliling teras planet yang padat.
  • Kemudian, terbentuklah gergasi gas yang wujud pada hari ini.
Kawah di Utarid:
Permukaan Utarid dipenuhi kawah. Kawah ini terbentuk oleh hentaman asteroid yang jatuh semasa
planet ini baru terbentuk kira-kira empat billion tahun yang lalu. Permukaannya juga mempunyai rekahan
dan rabung besar yang terbentuk ketika planet muda ini menyejuk. Ais mungkin wujud di dalam kawah
kutub yang gelap ini.


Gunung berapi di Zuhrah:
Terdapat lebih 1,600 gunung berapi besar di permukaan Zuhrah, tetapi ahli sains berpendapat bahawa
gunung ini tidak aktif. Planet ini mempunyai atmosfera karbon dioksida yang tebal. Ini menyebabkan
haba Matahari terperangkap, seperti yang berlaku di rumah hijau dan menjadikan Zuhrah planet yang paling panas antara sembilan planet yang ada.





Atmosfera Bumi:
Planet kediaman kita ini diliputi oleh lapisan tebal gas yang dinamakan atmosfera. Lapisan ini
mengandungi udar aynag kita sedut. Ia membolehkan haba dan cahaya yang kita perlukan daripada
Matahari masuk, tetapi menghalang sebahagian besar sinaran suria yang berbahaya. Bumi ialah satu-satunya
planet dalam Sistem Suria yang mempunyai air di permukaan.

Gurun di Marikh:
Pada masa lalu, gurun Marikh yang sejuk dan berdebu tidak sekering sekarang.Kapal
angkasa lepas telah menemui alur pada permukaan planet ini. Ahli sains percaya bahawa alur ini
disebabkan oleh air.


Ribut di Musytari:
Ribut besar yang dikenali sebagai Great Red Spot melanda atmosfera Musytari selama
lebih 300 tahun. Ribut ii boleh menelan seluruh Bumi dengan mudah. Warnanya yang merah menyala
adalah disebabkan oleh kehadiran sejenis unsur kimia yang dinamakan fosforus.

Zuhal dan bulannya:
Zuhal mempunyai sekurang-kurangnya 34 bulan. Lingkaran di planet ini mungkin terhasil
daripada runtuhan batu bulan purba yang musnah. Graviti bagi bulan kecil yang dikenali sebagai
Shepherds, mempunyai susunan sesetengah lingkaran di sekeliling Zuhal.


Uranus dan orbitnya:
Tidak seperti semua planet lain, Uranus berputar hampir pada sisinya, mungkin disebabkan
perlanggaran degan objek berbentuk planet berjuta-juta tahun yang lalu. Oleh itu waktu siang dan
malamnya munkin berlarutan selama 40 tahun di setiap kutubnya.


Atmosfera Neptun:
Seperti gergasi gas yang lain, Neptun amat sejuk dengan suhunya menjunam serendah
-210 darjah selsius di puncak awan planet itu. Di sekeliling bahagian tengah planet, iaitu pada garisan
khatulistiwanya, kelajuan angin bleh mencapai sehingga 1,500km/j



Pluto dan bulannya:
Pluto ialah planet yang berais yang terletak paling jauh dalam Sistem Suria. Bulannya
dinamakan Charon. Saiz Charon adalah kira-kira separuh saiz Pluto dan jaraknya 20 kali ganda
lebih hampir dengan planet itu berbanding jarak bulan ke bumi.

0 comments:

Post a Comment