Titik bergerak itu sebenarnya sebuah planet. Planet itu diberi nama Pluto sempena nama dewa penunggu
alam barzakh. Pluto merupakan planet yang luar biasa.Oleh sebab kedudukan Pluto terlalu jauh
dengan matahari, tarikan gravitinya begitu lemah. Jarak di antara Pluto dengan matahari dianggarkan
sejauh 5.9 bilion kilometer. Ini mengakibatkan Pluto terpaksa melalui orbit yang panjang. Ia juga terpaksa
bergerak perlahan untuk membuat satu pusingan orbit mengelilingi matahari.
Pluto mengambil masa 248 tahun Bumi untuk melengkapkan satu pusingan megelilingi matahari. Orbit
Pluto juga tidak sama dengan planet lain. Orbitnya berbentuk bujur telur.Saiz Pluto lebih kurang dengan
saiz bulan. Oleh sebab orbitnya yang senget, adakalanya Pluto bergerak lebih dekat dengan
matahari berbanding Neptun. Orbit Pluto menyendeng bergerak di bawah orbit Neptun. Jarak yang
paling dekat di antara kedua-duanya ialah 378 juta kilometer. Oleh itu, Pluto dan Neptun tidak mungkin
berlanggar.
Kajian ahli sains mendapati, Pluto terdiri daripada butiran bebola ais. Sebahagian besar planet
ini terdiri daripada batu yang dilapisi ais tebal. Lapisan luarnya yang nipis terdiri daripada gas metana
beku. Suhunya cukup sejuk iaitu sekitar 212 darjah selsius hingga 234 darjah selsius.Ini menyebabkan
lapisan metananya lesap dan yang tinggal hanyalah ais beku sahaja. Pada 22 Jun 1978, seorang saintis
bernama James W. Christy ternampak satu bonjol pada Pluto. Beliau mendapati bonjol itu berada
di tempat yang berlainan. Christy membuat kesimpulan bahawa ada sebuah satelit yang
mengelilingi Pluto. Satelit ini dinamakan ''Charon''. Penemuan ini menyebabkan Pluto dan Charon
digelar '' Planet Berkembar''.
Planet Pluto lebih gelapdaripada apa yang kita sangkakan. Ini mungkin disebabkan kedudukannya
yang terlalu jauh dari matahari. Pluto hanya menerima satu per sembilan ratus cahaya matahari
sahaja walaupun ketika ia berada paling hampir dengan matahari.
0 comments:
Post a Comment